LONDON – Paul Pogba dilaporkan tidak gambira bersama Manchester United dan perlu menukar pasukannya dalam jendela perpindahan akan datang, kata agennya, Mino Raiola.
Kontrak bintang antarabangsa Perancis itu bersama the Red Devils sehingga Jun 2022.
Pogba, 27, hanya melakukan lapan penampilan sejak awal musim Liga Perdana Inggeris 2020/21 dan hanya menjaringkan satu gol sahaja iaitu ketika menentang West Ham United.
“Pogba tidak gembira. Dia tidak lagi berupaya meluahkan kekecewaan serta harapannya dalam pasukan Red Devils selama ini. Dia perlu segera menukar pasukan dan persekitaran.
“Dia ada kontrak yang akan luput dalam setahun setengah lagi dan saya rasa penyelesaian terbaik untuk kedua-dua parti adalah menjual dia dalam pasaran perpindahan akan datang (Januari 2021),” dakwa Raiola.
Tambah Raiola, Pogba tidak berhasrat untuk menyambung kontrak bersama Theatre of Dreams.
Pogba telah menyertai Man United dari Juventus dengan nilai £89 juta pada 2016 di bawah kendalian bekas pengurusnya Jose Mourinho.
Pogba pernah meluahkan impiannya mahu menyertai Real Madrid dan beraksi untuk gergasi La Liga Sepanyol itu.
Raiola juga mendakwa waktu Pogba di Man United sudah tiba ke penghujungnya.
“Menyampah, lebih baik mereka (Man United) berterus terang dan Poba perlu ambil langkah seterusnya demi masa depan terjamin,” tegas Raiola.
Pada November lalu, Pengurus Perancis Didier Deschamps mendakwa Pogba tidak boleh bergembira dengan situasi semasa di United.-MalaysiaGazette