Home Akhbar Cina Polis ugut, cabul dan samun pasangan khalwat

Polis ugut, cabul dan samun pasangan khalwat

Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam rupa-rupanya dalam keadaan mabuk.- Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua anggota polis peronda dilaporkan mengugut dan mencabul sepasang tunang yang berkhalwat dalam kereta, malahan memaksa mereka untuk melakukan perbuatan seks tanpa seurat benang.

Sinchew Daily melaporkan, kejadian itu berlaku di Pengkalan Chepa di Kelantan kira-kira pukul 10.45 malam pada 4 Disember membabitkan dua anggota polis berumur 35 dan 30 tahun.

Mangsa lelaki berumur 21 tahun juga dilaporkan dipaksa untuk mengeluarkan lebih RM1,000 daripada bank manakala mangsa wanita yang berumur 20 tahun dipaksa melakukan seks oral ke atas seorang anggota.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan marah dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan Polis Kelantan dan Bukit Aman untuk mengadakan siasatan secara tegas serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas dua anggota.

Semasa kejadian, dua mangsa yang bekerja sebagai pekedai dilaporkan sedang bersembang dalam kereta yang dihentikan di bahu jalan apabila dua anggota beruniform datang dengan lampu suluh.

Disebabkan ketakutan, mangsa lelaki segera melarikan diri dengan kereta, tetapi akhirnya berjaya dihentikan polis.

Mangsa lelaki kemudian dipukul di bahagian dada dan telinga dan diugut untuk membayar sejumlah duit. Mangsa juga dibawa seorang anggota untuk mengeluarkan duit berjumlah RM1,250 di mesin ATM berhampiran.

Apabila pulang semula ke tempat kejadian, pasangan itu dipaksa untuk menanggalkan pakaian dan melakukan perbuatan seks dalam kereta, sementara aksi mereka dirakamkan polis.

Selepas ditinggalkan, mangsa wanita memberitahu tunangnya bahawa dirinya telah dicabul dan dipaksa melakukan seks oral, semasa mangsa lelaki mengeluarkan duit di mesin ATM.

Kedua-dua mangsa telah membuat laporan polis pada awal pagi 6 Disember dan polis segera menangkap dua anggota untuk tujuan siasatan. – MalaysiaGazette