Akhirnya UMNO, Bersatu, Pas Sepakat Saarani MB Perak | EDISI MG 7.45mlm – 9 Disember 2020

Kemelut politik di Perak sudah diselesaikan susulan pertemuan 6 mata membabitkan kepimpinan tertinggi UMNO, BERSATU dan PAS, hari ini.

Ketiga-tiga pemimpin parti itu sudah mencapai kesepakatan semasa pertemuan yang berlangsung di Bangunan Parlimen untuk mengekalkan pentadbiran Perak di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mereka sebulat suara juga bersetuju mencadangkan pelantikan Datuk Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenan Sultan Perak.