Ketika saintis dan mereka yang terlibat dengan pemetaan perlu menganalisis penemuan tersebut, ketinggian baharu lokasi tertinggi dunia, 8,848.64 meter (29,031 kaki) di atas paras laut dicapai menerusia dua pasukan yang menggunakan teknologi dan teknik terkini.
Gunung Everest kini disyaki 0.6 meter lebih tinggi daripada ketinggian lalu yang diiktiraf kerajaan Nepal, menurut kenyataan bersama Jabatan Ukur Nepal dan China berikutan ukuran yang dilakukan 16 tahun lalu, lapor RT.
Jurukur Nepal tiba di puncak pada jam 3 pagi waktu tempatan 22 Mei 2019 dan mula turun bagi mengelak peningkatan bilangan pendaki.
“Kami mahu menyampaikan mesej bahawa kami boleh melakukan sesuatu dengan sumber (negara) dan tenaga kerja teknikal kami sendiri,” kata Ketua Pegawai Ukur untuk projek itu, Khim Lal Gautam.
Gautam dan empat rakan pasukannya menggunakan penerima GPS dan radar penembusan darat untuk mengira ketebalan salji di puncak gunung itu dan ketinggiannya.
Sepasukan lapan jurukur menanti dengan sabar di puncak berhampiran dengan garisan pandangan ke puncak Gunung Everest dalam usaha membetulkan ketinggian yang diperoleh ketika matahari terbit, menggunakan peralatan laser theodolites, perlatan teleskopik bagi mendapatkan sudut mendatar dan menegak.
Pada penghujung musim bunga 2020, sepasukan jurukur China melakukan pengukuran di bahagian utara gunung tersebut dengan menggunakan rangkaian satelit BeiDou, saingan sistem GPS.
Kedua-dua kumpulan itu kemudian membandingkan dapatan mereka sebelum mencapai persetujuan yang mana ia perlu dikaji semula secara bebas dan disahkan secara rasmi.
“Dalam pengukuran pemetaan, kami tidak dapat mencari titik atau altitud yang tepat,” kata Gautam.
“Kami cuba mencari MPV (Most Probable Value – nilai keberangkalian).
Pada 1954, ukuran yang dilakukan ke atas puncak Gunung Everest setinggi 29,028 kaki di atas paras laut, dengan menggunakan theodolites, diiktiraf sebagai standard antarabangsa.
Bagaimanapun pada 1999, Bradford Washburn melakukan pengukuran dengan menggunakan teknologi GPS yang mendapati ketinggian gunung itu adalah 29,035 kaki.
Ahli kaji bumi di seluruh dunia teruja menunggu hasil ukuran seperti itu berikutan gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter pada 2015 yang mana kebanyakan mereka mengesyaki ia telah mengubah banjaran Himalaya. – MalaysiaGazette