KUALA LUMPUR – UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju mencadangkan pelantikan Datuk Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenan Sultan Perak.
Keputusan itu dicapai hasil pertemuan ketiga-tiga presiden parti tersebut.
Kenyataan mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Perak ini dikeluarkan oleh setiausaha agung ketiga-tiga parti.
Artikel berkaitan:Presiden UMNO, Bersatu, Pas bersemuka, krisis Perak diselesaikan hari ini – Ahmad Maslan
Pas Perak belum terima titah menghadap Sultan Nazrin
Pas arah ADUN menghadap Sultan Perak
DUN Perak bersidang esok, usul penangguhan akan dibuat – Speaker
UMNO optimis Pas, Bersatu bersama bentuk kerajaan Perak
Dalam kenyataan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan penyataan maaf bagi pihak Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional atas kekhilafan yang berlaku.
Perbincangan hari ini juga telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam Kerajaan Negeri Perak.
Malah, ketiga-tiga parti turut bersepakat memperkukuhkan kerjasama antara parti dalam PN di PErak dan di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette
Wak ni geli nak telan sate vavi kot… nak wat yg lain2 berani ke tak kena tengok iman masing2… Jgn lupa tanah TH, jgn sampai kena sumpah jgn jual kat lam ya min… yg ni lau kena sumpah terus jd vavi… leh gi alamende.