Home Nasional Syed bakal berdepan 3 pertuduhan

Syed bakal berdepan 3 pertuduhan

Pendakwah selebriti, diiring anggota polis ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan rogol dan cabul di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. foto AFIQ HAMBALI, 10 DISEMBER 2020.

PETALING JAYA – Syed tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini untuk didakwa atas dua pertuduhan iaitu cabul dan seks luar tabie.

Bekas program realiti itu tiba pada pukul 10.10 pagi dengan menaiki MPV polis yang kemudian dibawa masuk Pejabat Polis Cawangan Mahkamah Petaling Jaya untuk pertuduhan.

Turut hadir, peguamnya,  Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh.

Selebriti berusia 25 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen bagi kes luar tabie dan Mahkamah Majistret bagi cabul.

Selepas itu dia akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam pula untuk pertuduhan kes rogol.

Pendakwah itu berada dalam reman sejak 27 November lalu dan tempoh tahanan remannya telah dilanjutkan sebanyak dua kali bagi membantu siasatan.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak polis membabitkan pelbagai kesalahan seksual seperti Seksyen 376 (rogol), Seksyen 354 (cabul), Seksyen 377 (seks luar tabii) dan Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan).

Sehingga hari ini, terdapat sembilan laporan polis telah dibuat di Shah Alam dan Petaling Jaya terhadap pendakwah selebriti itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dari mana kau dapat laporan?
    Dari ci mek si miang lalang
    Cakap orang jangan percaya pak datok sayang
    Itu hanya fitnah orang semata-mata
    Mana boleh
    Apa benar
    Apakah benar kata mu itu?
    Kalau tak percaya ambil kapak belah dadanya

Comments are closed.