Tidak sampai sejam didakwa kes seks luar tabie, pendakwah selebriti, Da’i Syed kemudiannya didakwa lagi di atas pertuduhan kedua iaitu mencabul.
Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Pertuduhan itu memperuntukan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berusia 25 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.
Kesian plak tgok Syed.. mungkin ini dugaan dia utk lebih dewasa,semoga Syed dpt kekuatan utk kehidupan yang akan dilalui dimasa hadapan