Home MG Flash Usul Tidak Percaya PM Tak Perlu, Bajet JASA Dikurangkan | EDISI MG...

Usul Tidak Percaya PM Tak Perlu, Bajet JASA Dikurangkan | EDISI MG 7.45mlm – 10 Disember 2020

Usul pengurangan peruntukan bagi perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berjumlah RM45 juta daripada RM81.5 juta seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 diluluskan hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, usul itu dipersetujui dengan suara majoriti selepas dibahas oleh 6 ahli Parlimen – 3 daripada blok pembangkang dan penyokong kerajaan.