KUALA LUMPUR – Gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa untuk mengadakan satu gagasan besar bersama.
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gagasan besar itu boleh berfungsi untuk memberikan keyakinan kepada rakyat negara ini yang mahu melihat kestabilan politik.
Malah katanya ia bagi cerminan keupayaan gagasan itu untuk terus mentadbir negara melalui dasar-dasar bagi memajukan ekonomi, membangunkan negara dan membela rakyat di masa hadapan.
“Untuk memastikan kelangsungan permuafakatan ini, saya mencadangkan satu gagasan besar diwujudkan secara rasmi bagi melambangkan kesatuan semua tiga gabungan parti besar yang bersama Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional hari ini iaitu Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.
“Gagasan itu bakal menjulang wawasan dan aspirasi yang diperjuangkan oleh parti-parti politik yang bergabung di bawahnya. Oleh itu, satu Piagam Persefahaman Politik antara tiga gabungan parti besar ini harus segera direalisasikan,” cadang beliau dalam kenyataan hari ini.
Kata Hamzah lagi, ia sebagai sebuah gagasan yang inklusif, semua pemimpin parti yang bergabung di dalamnya harus diberikan ruang dan peluang yang sama untuk menyuarakan pendapat serta pandangan masing-masing.
“Dengan mengambil kira kehendak semua parti tidak kira besar atau kecil, tidak kira mewakili mana-mana bangsa, kaum dan agama, gagasan ini nanti mampu melahirkan satu manifesto yang benar-benar memenuhi keperluan seluruh lapisan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Mengimbau kembali penubuhan PN, Hamzah berkata, ia adalah hasil persefahaman yang termeterai antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 secara mengejut pada 23 Februari lalu.
Malah Hamzah berkata, penubuhan kerajaan baharu ini juga disokong sepenuhnya oleh Presiden PBB merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.
“Semua ketua-ketua parti tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk memperakukan Presiden Bersatu sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan kesepakatan tersebut telah diperkenan oleh Ke Bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong.
“Ini akhirnya menyaksikan Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang sah berdasarkan Perlembagaan negara,” jelanya lagi. – MalaysiaGazette
Disebabkan parti-parti gabunganlah uniknya mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi pendatang cina keling untuk menang sorak kampung tergadai sehingga tanah Melayu kini merosot ke 12%.
Tibalah masanya pribumi Melayu ikut contoh negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic enggan ikhtiraf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan dengan menaikkan cukai ke atas kaum pendatang demi menangani rasuah sambil menjamin hak keistimewaan pribumi mereka.
UMNO jgn jadi bodoh,
jgn bekerjasama dgn pengkhianat di pru15,
byk perkara2 dah membuktikan yg mereka hanya mempergunakan UMNO,
walaupun UMNO yg paling byk kerusi dalam kerjasama pn,
tapi UMNO xlayak utk dapat jawatan2 penting dgn alasan tidak bersih,
jadi,apa perlunya pengkhianat bekerjasama dgn org yg tidak bersih??
mohon UMNO kekal dgn pendirian bahawa kerjasama pn hanya sehingga sebelum pru15,
Patut tu hari dh haramkan umno dan pas.. Selagi ada 2 prti ni negara x aman.. Ada ja malapetaka yg menimpa.. Pru15 kasi kapan terus