KUALA LUMPUR- Indeks Pengeluaran Industri (IPI) pada Oktober 2020 menguncup 0.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin penguncupan IPI itu disebabkan penurunan besar indeks perlombongan sebanyak 10.6 peratus meskipun indeks pengilangan dan elektrik masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.4 peratus dan satu peratus.
“Output sektor perlombongan jatuh 10.6 peratus pada Oktober 2020 berbanding tempoh sama tahun lepas.
“Kemerosotan itu disebabkan penurunan indeks Minyak Mentah dan Kondensat (-12.6 peratus) dan indeks Gas Asli (-9.0 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette