KUALA LUMPUR – Tahun ini negara dan rakyat khususnya berhadapan dengan cabaran besar apabila Covid-19 melanda dan mengakibatkan berlaku pandemik.
Daripada aspek ekonomi, pelbagai sektor yang terjejas termasuk juga bidang fotografi.
Untuk terus mendokong bidang tersebut, satu Pameran Virtual Akademi Fotografi diadakan hari ini sehingga 31 Januari 2021 oleh Jabatan Fotomedia Kreatif Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sebanyak 70 hasil karya dalam bentuk gambar dan video ditayangkan menerusi virtual yang memaparkan detik-detik pandemik Covid-19.
Tema dan arah tuju pameran itu untuk berkongsi pengalaman peribadi dan persepsi terhadap situasi terkini.
Artis bebas untuk menterjemahkan emosi dan perasaan orang di sekeliling mereka.
Objektinya adalah untuk merakamkan detik-detik sebegini yang akan kekal menjadi sejarah ydan pengalaman seumur hidup.
Selain penglibatan 29 orang pensyarah dari UiTM Kampus Puncak Alam, Perak dan Melaka, pameran virual itu juga menerima sebanyak 11 penyertaan daripada beberapa universiti di Indonesia. -MalaysiaGazette