Home Politik Pas biadap, tak hormat Raja Melayu – Teng Chang Kim

Pas biadap, tak hormat Raja Melayu – Teng Chang Kim

Datuk Teng Chang Kim

KUALA LUMPUR – Pemimpin dan wakil rakyat DAP, Datuk Teng Chang Khim menggelarkan parti Pas sebagai biasa.

Chang Khim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu nyata tidak menghormati Raja Melayu dengan menolak untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selepas dititahkan berbuat demikan pada 8 Disember lalu.

“Pas biadap dan tidak menghormati Raja Melayu. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam biadap terhadap Ketua Agama Islam Negeri,” komen Chang Kim pada laman Facebook beliau hari ini.

Pemimpin DAP itu mengulas mengenai laporan media yang menyatakan Pas Perak memohon ampun kepada Sultan Perak, kerana tidak hadir ke Istana Kinta menghadap Sultan Nazrin pada Selasa lalu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, hari ini parti itu berkata akan mengutus surat memohon ampun dan maaf atas perkara tersebut.

“Pas Perak sentiasa menjunjung tinggi institusi Kesultanan Perak Darul Ridzuan dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,” katanya hari ini.

Permohonan maaf secara terbuka Razman itu disertai dua lagi ADUN Pas di Perak iaitu ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin, dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Pada Selasa lalu, Sultan Nazrin Shah memanggil menghadap ADUN Bersatu dan Pas ke Istana Kinta di Ipoh berikutan kemelut politik di negeri itu.

Hanya ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, yang merupakan wakil rakyat dari Bersatu hadir ke istana. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Ish ish.. puak puak DAP ni mmg jenis bermuka muka nuh. Kalau tak kena selera mereka, diorg la yg pertama nak sistem beraja dihapuskan. Tp kalau boleh perguna utk kepentingan diorg, jd champion kalahkan org melayu.

  2. Biasa lah parti penunggang agama se Malaysia.
    Akan ada dalil utk menghalalkan cara.
    Samalah dgn wala’un taksubin yg hanya nampak kuman di seberang lautan.
    Bangkai gajah pemimpin sendiri ditutup dgn helah & cela.
    Takbir.

  3. ALHAMDULILLAH 3 ADUN PAS BERJIWA BESAR…SEPATUTNYA YANG MINTA AMPUN PADA SULTAN SEMUA ADUN UMNO TANPA rasa keMALUAN YANG BUAT SANDIWARA undi PERCAYA pada MB…tetapi diLACURKAN selepas mengusulnya..baling batu sembunyi tangan..berak tengah jalan tuduh orang lain yang buat..Sultan pun tegur ahli politiK gajah dengan gajah bergaduh Kancil yang mati di tengah2 BUKAN lebih sudu dari kuah..dan UMNOLAH yang bertindak TIDAK mengikut JEMAAH BERMUAFAKAT

Comments are closed.