Home Nasional Warga emas dikompaun di taman permainan bukan depan rumah – Polis

Warga emas dikompaun di taman permainan bukan depan rumah – Polis

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan pihaknya mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana tidak memakai pelitup muka di hadapan rumahnya sendiri di Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berkenaan sebenarnya berada di kawasan awam iaitu di sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh dari kediamannya.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berusia 65 tahun itu kerana berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka kira-kira pukul 11 pagi di Taman Eng Ann, Klang.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga emas dikompaun RM1,000 baca suratkhabar di taman awam