Home Utama Covid-19: 1,937 kes baharu, 9 kematian

Covid-19: 1,937 kes baharu, 9 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,937 kes positif Covid-19 baharu telah direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah, angka itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan ketika ini sebanyak 82,246 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 13,751 kes dengan 121 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 66kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 911  kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 68,084 kes.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat dua import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,935 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, hari ini sebanyak sembilan kematian direkodkan empat daripadanya dari Sabah, tiga dari Johor dan Selangor serta Pulau Pinang masing-masing satu kes.

“Sehingga kini terdapat 121 kes positif yang sedang menerima rawatan di ICU dengan 66 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kumulatif kematian yang di Malaysia setakat ini ialah seramai 411 mangas termasuk 9 kes hari ini,” ujarnya.

Kes kematian yang direkodkan setakat ini sebanyak 0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – MalaysiaGazette