Home Nasional Kenyataan guna kepala surat MCMC Pulang Pinang palsu

Kenyataan guna kepala surat MCMC Pulang Pinang palsu

KUALA LUMPUR – Sepucuk surat menggunakan kepala surat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Pulau Pinang berhubung maklum balas atas khidmat sokongan pengguna mengenai laman sesawang yang mengalami sekatan akses adalah palsu.

Ia telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, MCMC tidak pernah mengeluarkan surat sedemikian kepada orang ramai.

“Oleh itu, orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tindakan oleh pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat, e-mel mahupun mesej yang tidak ditentukan kesahihannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, MCMC menasihati orang ramai tidak membalas mesej serta klik pada pautan dalam surat berkenaan.

Sekiranya terjumpa kandungan yang mencurigakan, laporkan perkara tersebut dengan segera agar tindakan susulan boleh diambil oleh pihak berkuasa.- MalaysiaGazette