KUALA LUMPUR – Syarikat peruncit penyelesaian bilik mandi dan dapur tempatan, Big Bath Sdn. Bhd. (Big Bath) telag membuka cawangan baharunya ke sembilan di sebalik penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Bilik pameran seluas 4,000 kaki per segi yang terletak di SS2, Petaling Jaya itu diperkenalkan kepada orang ramai menerusi pelancaran secara langsung di laman Facebook syarikat itu semalam.
Cawangan pertama berkonsepkan francais The Bathroom and Kitchen Specialist kini mengadakan promosi beli satu percuma khas sempena pembukaannya.
Sejajar dengan cogan kata, ‘Experience First, Buy Later’ yang membolehkan pelanggan merasai pengalaman produk dahulu sebelum membuat pembelian, cawangan itu juga yang pertama memperkenalkan hab demonstrasi langsung untuk pelanggan melihat, menyentuh dan menikmati produk daripada barang-barang sanitasi hingga ke paip air serta tab mandian.
Pengasas dan Pengarah Big Bath, Shane Mun berkata, walaupun populariti membeli-belah dalam talian semakin meningkat, Big Bath percaya bahawa kedai fizikal tetap penting untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah di kalangan pelanggan.
Jelas beliau, rangkaian produknya yang luas di Big Bath ditawarkan pada harga berpatutan bagi membolehkan pelanggan menikmati produk bilik mandi dan dapur yang berkualiti tinggi dan mewah.
Katanya, Big Bath juga telah memperkenalkan Pelan Harga Jujur di mana syarikat itu sentiasa memantau dan melakukan penyelidikan untuk mendapatkan harga terbaik di pasaran.
“Permintaan untuk produk bilik mandi dan dapur syarikat telah meningkat antara bulan September dan Oktober lalu walaupun terdapat kesan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
“Ini membolehkan syarikat terus maju dengan rantaian francais dan rancangan pengembangannya bergantung kepada lokasi yang memerlukan modal RM800,000 untuk membuka kedai francais Big Bath,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mun juga memberitahu Bih Bath telah menetapkan sasaran untuk membuka 86 cawangan di Malaysia Timur dan Barat dalam tiga tahun ke depan.
Beliau yakin rancangan pengembangan cawangan seterusnya akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya di seluruh negara.
Katanya, Big Bath kini mempunyai lapan cawangan lain termasuk empat di Lembah Klang dan satu di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.
“Syarikat ini juga telah mulai menetapkan tujuan untuk tempoh 10 tahun akan datang apabila Big Bath menyasarkan untuk disenaraikan di Pasar Utama Bursa Malaysia pada tahun 2027.
“Sebagai syarikat yang menghargai pekerjanya, Big Bath menawarkan skim saham pekerja yang membolehkan pekerja menjadi pemegang saham dan memperoleh faedah bersama dengan syarikat ini,” katanya.
Sementara itu, Big Bath telah beroperasi di dalam sektor runcit di negara ini sejak sedekad lalu di bawah syarikat induknya, Leonfast Sdn. Bhd. yang mempunyai pengalaman lebih dari 40 tahun dalam menyediakan produk penyelesaian bilik mandi dan dapur.
Big Bath telah menawarkan pelbagai jenis produk kebersihan dan dapur dengan 95 peratus daripadanya adalah jenama dalaman termasuk TORA, MOOV, LeCelebrity dan Faurex.
Dikenali dengan kawalan kualiti dan jaminannya setta perkhidmatan perundingan perseorangan, Big Bath telah diktiraf sebagai jenama terkemuka di Malaysia dalam peralatan bilik mandi dan dapur mewah namun harga berpatutan nombor satu di Malaysia. – MalaysiaGazette