KUALA LUMPUR- Satu gempa bumi sederhana bersaiz 5.1 skala Richter melanda selatan Jawa, Indonesia pada jam 4.39 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Satu gempa bumi telah berlaku di 236 kilometer di selatan Yogjakarta, Indonesia pada kedalaman 12 kilometer.
“Bagaimanapun, ia tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya hari ini.- MalaysiaGazette