Home Politik Hadi anggap tubuh gabungan perdana satu langkah positif

Hadi anggap tubuh gabungan perdana satu langkah positif

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, majoriti kepimpinan bersetuju dengan cadangan penubuhan gabungan perdana bagi memastikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau menganggap cadangan penubuhan gabungan perdana itu sebagai satu langkah positif.

“Sehingga kini kita dapati majoriti kepimpinan bersetuju dengan cadangan itu.

“Cuma bagi merealisasikannya perlu masa sedikit. Apa lagi kita belum tahu bila PRU15,” katanya pada sesi dialog dengan Presiden Pas di Ibu Pejabat parti itu di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan agar PN, Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersatu di bawah gagasan perdana untuk memastikan kemenangan pada PRU15.

Hamzah, yang juga setiausaha agung PPBM berkata, gagasan itu harus menggubal ‘piagam persefahaman politik’ bagi meyakinkan rakyat kepada keupayaan PN menawarkan kestabilan politik serta dasar-dasar berkesan.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, menolak cadangan Hamzah itu dan mempersoalkan keperluan dan motif penubuhan gabungan politik baharu tersebut. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. X habis2 dgn politik.. Hudud bila nk buat tahh, arak, judi, lgbt, maksiat bersepah…apa dh jadi Lebai lebai sekalian… Mana perjuangn sblm dpt kuasa nih.. Mana.. Manaaa….rakyat dok tunggu ni…katakan adakan selama ini kencingan semata2

Comments are closed.