SEOUL – Presiden Korea Selatan Moon Jae-in memberi amaran akan meningkatkan peraturan lebih ketat selepas negara ini merekodkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 pada hari kedua.
Ketika mempengerusikan mesyuarat tergempar di Ibu Pejabat Pusat Bencana dan Keselamatan untuk pertama kalinya sejak Februari, Moon mendesak langkah-langkah menyeluruh bagi membendung wabak ini.
“Jika wabak ini tidak dapat dibendung sekarang, sudah sampai masanya untuk meningkatkan langkah-langkah penjarakan sosial ke tingkat ketiga,” katanya, merujuk pada sekatan ketat di bawah sistem lima peringkat negara ini.
Greater Seoul, yang menempatkan sekitar separuh daripada 52 juta orang Korea Selatan, berada di bawah tahap 2.5.
Perhimpunan lebih daripada 50 orang dilarang sama sekali dan restoran dilarang melayan pelanggan selepas jam 9 malam.
Korea Selatan pada awalnya berjaya menangani Covid-19, melaporkan 1,030 jangkitan koronavirus baru pada hari Ahad naik berbanding 950 kes sehari sebelumnya, menjadikan jumlah jangkitan menjadi 42,766 dengan 580 kematian.
Daripada jumlah kes baharu ini, 1,002 kes dijangkitan dalam kalangan penduduk tempatan. – MalaysiaGazette