Home Politik Reformasi institusi perlu disegerakan- Anwar

Reformasi institusi perlu disegerakan- Anwar

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Reformasi institusi perlu disegerakan bagi memastikan urus tadbir yang baik dan bertanggung jawab serta tidak mengkhianati dan mengabaikan kepentingan rakyat dapat dilaksanakan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak juga perlu tegas dalam menolak amalan kerendahan akal budi dan adab budaya termasuk terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Saya fikir bahawa ia tidak hanya terbatas pada situasi politik di Perak, malah di peringkat Persekutuan juga.

“Saya berpandangan bahawa reformasi institusi harus segera digerakkan bagi memungkinkan sebuah tatakelola yang baik dan bertanggungjawab serta tidak mengkhianati amanah dan mengabai kepentingan rakyat.

“Kita juga harus dengan tegas menolak amalan kerendahan akal budi dan adab budaya termasuk terhadap Tuanku Sultan Perak.

“Menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Perak agar negara ini harus kembali ke landasan serta garis besar perjuangan dan mengembalikan keabsahan, dan segera menghentikan imej serta gelagat ahli politik yang rakus dan tamak haloba,” katanya dalam ciapan di Twitternya hari ini.- MalaysiaGazette