TERKINI : Pencabar ‘Keabsahan’ Kerajaan PN Gagal Buktikan Majoriti – Hadi Awang

Pihak yang mencabar keabsahan Perikatan Nasional (PN) gagal membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehingga kini pihak yang mencabar keabsahan kerajaan PN masih gagal membuktikan perkara itu.

“Sehingga hari ini mencabar yang mencabar (keabsahan) masih gagal. Sama ada undi peringkat dasar atau peringkat jawatankuasa kita menang.