Home Pendapat Vaksin Pfizer selamatkah untuk Malaysia?

Vaksin Pfizer selamatkah untuk Malaysia?

Gambar hiasan.

OLEH kerana isu vaksin Covid-19 menimbulkan tengkarah dan penuh perasaan, kami mungkin perlu melayakkan diri kita terlebih dahulu mengenai siapa kami (nota kaki), pengetahuan kami, catatan prestasi, kepercayaan dan rukun-rukun mengenai hal ini.
Kumpulan kami adalah yang pertama di dunia menerbitkan "Surat Terbuka Kepada Orang Wuhan Yang Menderita" pada 11 Februari 2020 bahkan sebelum wabak itu melanda dunia.

Kami meminta perpaduan dan kerjasama sejagat untuk menangani wabak koronavirus terbaru ini yang tidak menghormati sempadan dan tidak membezakan korbannya berdasarkan bangsa, agama, adicita dan jantina. Sebilangan besar ramalan kami dalam surat terbuka itu dan karangan dan pernyataan akhbar berikutnya telah menjadi  kenyataan, terutamanya mengenai penyebaran Covid-19 dan bagaimana penyakitnya, asal usulnya, vaksin dalam perkembangan, rawatan dan langkah-langkah kawalan tertentu seperti memakai pelitup muka, telah dipolitikkan dan dirosakkan oleh kuasa-kuasa tertentu seperti Kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump.
Pada bulan Mac 2020, kami adalah antara yang pertama di dunia menubuhkan unit pemikir khas untuk melakukan penyelidikan kemasyarakatan, cerakinan dan meramalkan isu-isu penting yang berkaitan dengan Covid-19.

Dari Mac 2020, kami adalah kumpulan pertama di negara ini yang tampil secara terbuka untuk menjelaskan, mendidik dan menganjurkan kepentingan memakai pelitup muka di tempat awam, yang akhirnya diwajibkan di negara ini pada 1 Ogos 2020. Kami bukan benci pelalian. Kami juga tidak mempercayai kesuhabatan andaian, terutamanya
yang tidak mempunyai bukti kukuh. Kami percaya pada pendekatan saintifik dan bukti dan belajar dari masa lalu. Kami menyokong pemerolehan vaksin yang selamat, sesuai (memandangkan iklim panas kita) berkesan, tahan lama dan berpatutan. Kami tidak menentang teknologi vaksin baru selagi diterapkan dalam keadaan yang tepat dan
dengan tempoh ujian dan percubaan yang mencukupi dan dengan ketelusan dan mendedahan penuh mengenai risiko keselamatan yang terlibat.

Kami juga percaya mengambil pendekatan yang lebih keseluruhan untuk menangani Covid-19 seperti meningkatkan kekebalan badan kita dengan pelbagai cara, rawatan herba dan semula jadi lain dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Sehingga wabak ini berakhir, kami mengikuti langkah-langkah kawalan tertentu yang masih diperlukan seperti penjarakan, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan tetapi tanpa mengganggu kegiatan ekonomi kita dan melaksanakan PKP yang sangat disasarkan. Kami juga terbuka kepada pemikiran (tidak mengatakan bahawa kami setuju), yang kini semakin mendapat kepercayaan dari masyarakat saintifik bahawa, dunia mungkin dapat mencapai kekebalan kawanan semula jadi yang diperlukan untuk menamatkan wabak ini, tanpa biaya tinggi nyawa dan penderitaan manusia seperti apa yang berlaku semasa selsema Sepanyol 1918-19.

Kerajaan Malaysia, setakat ini, telah mengikat diri untuk tiga kerangka pemerolehan vaksin Covid-19 – COVAX, yang diselaraskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (dengan sejumlah 9 calon vaksin), sekurang-kurangnya dua vaksin China (menggunakan teknologi vaksin yang dilemahkan yang telah dicuba dan diuji) dan vaksin Pfizer mRNA.

Di antara tiga ini, vaksin Pfizer mRNA adalah yang paling tengkarah sementara dua vaksin lain secara amnya disambut oleh masyarakat di sini tetapi lebih banyak ketelusan dan maklumat diperlukan. Keputusan kerajaan baru-baru ini menandatangani perjanjian awal untuk membeli 12.8 juta sukatan vaksin Pfizer mRNA untuk 6.4 juta orang (berdasarkan sukatan sekali ganda) atau 20 peratus penduduk, telah menimbulkan persoalan penting.
Nampaknya Malaysia menjadi negara Asia pertama menandatangani perjanjian tersebut.
(Filipina adalah negara Asia pertama yang menggunakan vaksin denggi Dengvaxia pada
tahun 2015).

Pada dasarnya terdapat dua jenis teknologi vaksin untuk Covid-19. Teknologi vaksin lama yang telah dicuba dan diuji yang biasanya memerlukan 5 hingga 10 tahun untuk berkembang, menggunakan virus semula jadi yang dilemahkan atau tidak giat
untuk disuntik ke dalam tubuh kita, mendorong atau melatih tubuh kita melawan antigen
(bahan yang menyebabkan sistem kelebalan anda menghasilkan antibody, yakni protein yang melawan jangkitan) yang lebih "lemah dan mungkin lebih ramah" dengan mencetuskan tindak balas dari antibodi badan kita dan sel-T pembunuh.
Oleh itu, apabila antigen (virus) yang nyata dan berbahaya memasuki tubuh kita, ia sudah bersedia dan siap untuk menghadapi "musuh menyerbu" ini.
Walau bagaimanapun, vaksin Pfizer, seperti vaksin yang dikembangkan oleh lagi satu syarikat bio-teknologi AS Moderna, menggunakan teknologi RNA perutusan baru (tidak pernah digunakan sebelumnya pada manusia) untuk menyuntik bintik RNA tiruan, dilapisi dengan kenderaan penghantaran yang terbuat dari lapisan zarah lemetut ke dalam sel manusia.

Setelah masuk, RNA berfungsi sebagai perutusan RNA dan sel-sel manusia kemudian dirancangkan untuk membuat "vaksin" mereka sendiri di dalam tubuh untuk meniru bentuk protein lonjakan yang selamat serupa dengan virus Covid-19. Ini kemudian akan mencetuskan tindak balas kekebalan. Tiga hal isu terbesar yang paling dikhuatirkan ramai dalam hal pembelian vaksin Pfizer mRNA adalah KESELAMATAN, KEBERKESANAN dan KESESUAIAN untuk penggunaan di negara kita yang panas. Kemudian, terdapat juga hal-hal penghantaran, ketahanan, kos dan ketelusan kerajaan.
Perkembangan vaksin Pfizer dan lain-lain di Amerika Syarikat dilacak dengan cepat di bawah tekanan besar Presiden Donald Trump yang sangat memerlukan vaksin Covid sebagai senjata politik untuk pemilihan semula presidennya pada November 2020.
Tiga tahap ujian klinikal manusia untuk kedua-dua Pfizer, Moderna dan banyak yang lain
hanya memerlukan beberapa bulan. Percubaan vaksin yang biasa akan memakan masa
beberapa tahun kerana terdapat beberapa segi kesan sampingan dan kerumitan yang
mungkin memerlukan waktu yang lama untuk dinyatakan.

Vaksin terpantas dalam sejarah manusia yang dikembangkan dan diluluskan setakat ini
(sebelum vaksin Pfizer), adalah untuk penyakit beguk yang memerlukan 4 tahun. Vaksin
terbaru untuk Ebola mengambil masa lima setengah tahun. Semasa ujian klinikal untuk dua vaksin mRNA ini, terdapat kesan sampingan yang diagakkan seperti sakit otot, menggigil dan sakit kepala. Tetapi terlalu awal untuk memastikan jika ada kesan yang lebih berbahaya di kemudian hari. Ini biasa berlaku dalam banyak penjalanan
pengembangan ubat. Pentadbiran Makanan dan Dadah AS baru saja mengeluarkan laporan (pada 9 Disember) yang mengatakan bahawa vaksin Pfizer umumnya selamat dan berkesan, walaupun enam orang yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal telah mati, dua dari kumpulan vaksin (dari "kejadian buruk yang teruk") dan empat dari kumpulan pil gula plasebo.

Sementara itu, pada hari yang sama, pengawal selia ubat Britain telah menasihatkan bahawa orang yang mempunyai riwayat alahan tidak boleh mendapat vaksin ini setelah dua orang melaporkan tindak balas buruk yang teruk pada hari pertama dilancarkan.
Akan ada lebih banyak persoalan yang ditimbulkan mengenai dua orang yang mati di AS
selama percubaan setelah mengambil vaksin Pfizer dan dua di Britain yang mengalami tindak balas buruk. Ada laporan yang diterbitkan menunjukkan bahawa vaksin Pfizer mungkin tidak menghentikan penularan virus dan hanya menekan gejala dan perlindungan yang diberikan oleh vaksin mungkin tidak terlalu lama (daya tahan).
Keselamatan masih merupakan masalah yang paling penting dan paling sukar untuk
ditangani. Ubat biasa diberikan kepada orang yang sudah sakit dan mungkin tidak keberatan mengambil risiko yang berkaitan dengan ubat yang berkenaan. Tetapi vaksin diberikan kepada orang yang sihat, termasuk kanak-kanak.

Itulah sebabnya, jika ujian klinikal dan penjalanan persetujuan vaksin dilancarkan atau
dipolitikkan, segi keselamatan mungkin terganggu. Ini lebih-lebih lagi dalam hal ini di mana kita menyaksikan dua kematian dalam percubaan Pfizer terhadap orang-orang yang mengambil vaksin. Ken Frazier, ketua pegawai eksekutif syarikat perubatan gergasi Merck dan sebuah kuasa dalam perusahaan vaksin, telah pada Julai 2020, memberi amaran mengenai bahayanya menderaskan penjalanan perkembangan vaksin semasa. Inilah yang dia katakan (dari mulut kuda) yang mesti didengar oleh kerakaan dan kita semua:
"

Baiklah, pertama, ia memerlukan banyak masa. Vaksin terpantas yang pernah dibawa ke pasaran adalah vaksin beguk. Ia mengambil masa empat tahun. Vaksin terbaru
kami untuk Ebola mengambil masa lima setengah tahun. Dan mengapa ia memerlukan
begitu lama? Pertama sekali, ia memerlukan penilaian saintifik yang ketat. Dan di sini kita tidak memahami virus itu sendiri dan bagaimana ia mempengaruhi sistem kekebalan tubuh…. apa yang kita harapkan dapat dilakukan adalah dengan membuat vaksin yang
selamat dan berkesan dan tahan lama. Itulah tiga masalah yang berbeza. Tiada orang yang boleh memastikan adakah ia atau tidak program vaksin ini akan menghasilkan vaksin seperti itu. Yang paling membimbangkan saya ialah orang ramai sangat lapar, begitu terdesak untuk kembali kepada biasa, sehingga mereka memaksa kita untuk menggerakkan barangan dengan lebih cepat dan pantas …Terdapat banyak contoh vaksin pada masa lalu yang telah merangsang sistem kekebalan, tetapi akhirnya tidak memberikan perlindungan.Dan sayangnya, ada beberapa kes di mana ia merangsang sistem kekebalan tubuhcdan bukan sahaja tidak memberikan perlindungan, tetapi sebenarnya membantu viruscmenyerang sel kerana tidak lengkap dari segi sifat berkaitan dengan bahan yangcmampu menghasilkan tindak balas kekebalan.

Kita harus berhati-hati. Pada seperempat abad yang lalu, hanya ada tujuh, vaksin yang
benar-benar baru yang diperkenalkan di seluruh dunia pada amalan terbukti…Kami
telah berusaha untuk mendapatkan vaksin HIV sejak tahun 1980-an dan kami tidak
berjaya.cApabila orang memberitahu orang ramai bahawa akan ada vaksin pada akhir tahunc2020, mereka akan memberi kesan buruk kepada orang ramai. Kami tidak mahu
menggegarkan vaksin sebelum melakukan sains yang ketat.cKita pernah melihatnya pada masa lalu, misalnya, dengan selesema khinzir, bahawacvaksin itu lebih berbahaya daripada yang baik. Kami tidak mempunyai sejarahcmemperkenalkan vaksin dengan pantas di tengah wabak."

Dalam contoh lain mengenai keselamatan vaksin, pada 29 November 2017, pembuat ubat
Perancis Sanofi Pasteur mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa vaksin denggi
mereka, Dengvaxia, digunakan di Filipina pada tahun 2015, negara Asia pertama yang
meluluskan penggunaan vaksin tersebut kepada rakyatnya, menimbulkan risiko kepada orang-orang yang diberi vaksin tanpa mendapat jangkitan denggi sebelumnya.
Ini berlaku setelah laporan beredar mengenai kanak-kanak yang mati akibat kerumitan
berkaitan dengan vaksin tersebut.

Ikon yang disahkan komuniti

Banyak pakar dan orang yang tahu secara semula jadi prihatin terhadap apa yang tampaknya terjadi sekarang, mengenai perkembangan vaksin yang sangat tergesa-gesa dan dipolitikkan seperti vaksin Pfizer. Keghairahan semasa (yang meningkatkan pasaran saham di Barat) kerana keberkesanan tinggi lebih dari 90 peratus untuk dua vaksin mRNA, mengaburkan hal yang lebih penting mengenai keselamatan jangka panjang.
Inilah masalah dengan kapitalisme yang tidak terkawal di mana kerakusan melampau sering menggantikan keselamatan dan kesejahteraan orang.

Terdapat banyak saman undang-undang yang lalu terhadap Pfizer dalam beberapa dekad
terakhir di mana ubat-ubatan yang diluluskan oleh FDA (bermaksud disahkan selamat untuk penggunaan awam) seperti Protonix, Prempro, Chantix, Lipitor dan Effexor, telah didakwa menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya, termasuk kematian.
Dilaporkan juga bahawa Pfizer telah membayar hukuman semenjak 2000 untuk pelbagai
kesalahan sebanyak US$4.7 bilion. Pencabulan ubat yang paling dasyat berlaku di Nigeria pada tahun 1996 ketika Pfizer melakukan ujian klinikal tanpa izin ke atas 200 kanak-kanak dengan ubat antibiotiknya, Trovan.

Percubaan itu membawa kepada kematian 11 kanak-kanak. Pfizer membayar pampasan yang besar dan menubuhkan dana khas untuk mereka yang terjejas oleh Trovan tetapi ia tidak dapat menghidupkan kembali anak-anak yang telah mati. Kerajaan kita semestinya berprihatin dengan keselamatan dan catatan etika akhlak syarikat dari mana-mana pembekal vaksin Covid dan ia seharusnya tidak hanya menyisihkannya dengan jawapan yang selamba dan tidak bertanggungjawab seperti "Itulah untuk Pfizer menjawab".

Ya memang terdapat lebih banyak pelaburan dalam pengembangan vaksin Covid dan bahawa vaksin Pfizer menggunakan cara digital baru (yang telah ada sejak beberapa lama sekarang) untuk mempercepat langkah untuk mengembangkan dan menghasilkan vaksin di tahap makmal. Tetapi ketika datang ke ujian klinikal manusia, tubuh manusia kita tidak berubah selama berabad-abad dan bukan robot digital. Masih ada masa yang cukup untuk membolehkan badan kita bertindak balas dan menjawab terhadap vaksin yang  berkenaan. Oleh itu, walaupun tidak ada kesan sampingan yang berbahaya selama beberapa bulan ujian klinikal, tidak ada jaminan bahawa satu atau dua tahun dari sekarang, tidak akan ada akibat berbahaya untuk mengambil vaksin. Sekali lagi, teknologi mRNA baru ini belum pernah digunakan pada manusia sebelumnya, jadi, tidak ada yang dapat menjamin bahawa tidak akan ada kesan sampingan jangka panjang seperti autoimnune (penyakit di mana sistem kekebalan tubuh anda secara salah menyerang
tubuh anda), reactogenicity (tindak balas berlaku sejurus pelalian dan gejala lain yang lebih berbahaya dan tidak dapat diramalkan.

Lapisan zarah lemetut, bukan hanya mRNA itu sendiri, juga boleh menghasilkan kesan
sampingan yang tidak diingini dan tidak dijangka di kemudian hari. Kami juga tidak tahu apa bahan rahsia atau bahan tambahan yang dicampurkan dengan vaksin ini. Nampaknya tidak banyak yang tidak diketahui. Pada 2 Disember 2020, Britain menjadi negara pertama di dunia meluluskan vaksin Pfizer untuk kegunaan umum. Keputusan oleh Badan Pengawalseliaan Barngan Ubat-ubatan dan Kesihatan (MHRA) meluluskan vaksin ini untuk penggunaan kecemasan di Britain dengan cara yang tergesa-gesa (nampaknya tanpa melalui penjalanan sewajarnya pencerakinan data dari percubaan klinikal) tercetus pantulan dari rakan sejawatnya dari Eropah dan AS. Selanjutnya, keputusan MHRA untuk memberikan kekebalan awam kepada Pfizer terhadap tindakan undang-undang, telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai vaksin tersebut. Sekiranya vaksin begitu selamat dan berkesan, mengapa perlunya kekebalan untuk Pfizer, yang telah menghadapi banyak tindakan undang-undang pada masa lalu. Banyak penganalisa mengesyaki bahawa Perdana Menteri Boris Johnson, dengan peringkat kemasyuran terkini pada tahap rendah, kerana kesalahannya menangani wabak, mungkin berusaha keras untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat.

Kami tidak bermaksud bahawa mRNA Pfizer adalah tidak selamat tetapi hanya menyatakan keprihatinan sebenar oleh banyak orang mengenai ujian klinikal yang tergesa-gesa menggunakan teknologi yang sama sekali baru yang belum pernah digunakan pada manusia sebelumnya. Walaupun vaksin Pfizer mRNA dianggap selamat dan berkesan untuk digunakan di negara kita, ada satu lagi cabaran besar di sini – kelaksanaan pengendalian akibat iklim tropika panas kita. Kita bercakap mengenai pelaksanaan aturcara pelalian ramaian di Malaysia menggunakan vaksin yang mesti disimpan pada suhu bawah 70 hingga 80 darjah Celsius dengan dua sukatan setiap orang yang akan disuntik, sekitar 21 hari. Pfizer hanya akan bertanggungjawab dari segi penyimpanan dan pengangkutan (dari salah satu tempat pembuatannya di Michigan atau Belgium) ke pelabuhan masuk dan tidak akan dapat melakukan banyak perkara melebihi itu. Pfizer membekalkan kotak sejuk khas (pengirim haba) yang dipenuhi dengan ais kering dengan 1,000 hingga 5,000 sukatan setiap kotak dan mereka mesti disimpan dalam peti sejuk amat sejuk.

Laporan filem wasikahan CNBC 23 November 2020 menyoroti kerumitan amat sangat
pengendalian logistik vaksin Pfizer, bahkan di Amerika Syarikat yang sangat maju dengan
semua kepakaran dan sumber teknikal yang ada.Sekiranya di AS yang sejuk, mereka hanya dibenarkan membuka kotak haba dua kali sehari dengan 1 minit setiap kali, di Malaysia tropika panas, kita mungkin mempunyai 10 saat setiap kali. Setiap kotak mesti diisi semula dengan vaksin baru dalam 15 hari. Setelah vaksin dicairkan di dalam peti sejuk biasa, ia mempunyai jangka hayat 5 hari untuk digunakan. Ingat bahawa ini
adalah rejimen dua sukatan dengan jarak 21 hari. Kerajaan telah menyatakan bahawa ia mempunyai sekurang-kurangnya 125 penyejuk beku besar di seluruh negara di universiti awam dan badan penyelidikan. Terdapat tiga masalah di sini.

 Pertama, muatan penyejuk beku ini hampir habis dan tidak banyak ruang yang tersisa.
Ingat, kita bercakap mengenai 4 penghantaran besar sebanyak 500,000 sukatan pada
suku pertama tahun depan, 1.7 juta pada suku kedua, 5.8 juta pada suku ketiga dan
4.3 juta pada suku ke-4.

 Kedua, vaksin dalam kotak haba tidak boleh dicampurkan dengan ubat atau barangan
lain yang disimpan di dalam peti pembeku amat dingin.

 Ketiga, semua alat pembeku dingin ini dihasilkan di luar negara dan terdapat
kekurangan di seluruh dunia pada masa ini dengan senarai menunggu yang panjang.
Ia juga sangat mahal.

Kekuatan sistem rantaian bekalan sama kuatnya dengan hubungan terlemah dan jarak
terakhir untuk memberikan vaksin di klinik, hospital dan pusat kesihatan, terutama di kawasan luar bandar merupakan cabaran terbesar. Ia seperti Tugas Mustahil. Kesudahannya, klinik dan hospital kesihatan awam kita sudah kekurangan kakitangan.
Kerangka Pfizer memerlukan latihan dan pengurusan simpanan dan sistem teknologi
maklumat untuk memantau penghantaran dan pelalian di setiap pusat kesehatan yang dipilih.

Adakah kita mempunyai kepakaran, sumber dan kemampuan seperti itu? Harap jujur dengan penjelsan. Masalah utama lain ialah pengalihan sumber manusia dan sumber kesihatan kita yang terhad dan sangat diperlukan dari tugas penting mereka sekarang.
Prof Richard Wilding, pakar rantaian bekalan terkemuka sedunia dari Britain, dalam memetik dari bekas Presiden AS Dwight Eisenhower bahawa "perang telah dimenangi atau dikalahkan oleh kerana kerana lojistik", mengatakan bahawa rukun yang sama diletakkan ke atas pembekalan dan pengedaran vaksin Covid. Dia mengulas mengenai kerumitan lojistik dan pengedaran peluncuran vaksin Pfizer pada 9 Disember di Britain. Rangkaian bekalan dan kekangan lojistik yang disenaraikan oleh Prof Wilding untuk pelalian vaksin Pfizer, nampaknya sangat mencabar walaupun untuk prasarana kesihatan yang teratur, terlatih dan berteknologi tinggi seperti yang dimiliki Britain.
Indonesia (yang jauh lebih maju dalam pengembangan vaksin daripada negara kita dengan kemudahan pembuatan vaksin manusia sendiri) telah menolak penggunaan vaksin ini, dengan menyatakan bahawa ia tidak memiliki kemampuan rantai dingin yang diperlukan dan akan berbahaya jika vaksin tidak disimpan pada suhu yang betul.

Mengenai kos yang terlibat dalam pelbagai kerangka vaksin, kerajaan harus lebih telus,
setelah kesepakatan dilakukan. Orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana dana awam (dari RM3 bilion wang pembayar cukai diperuntukkan) dibelanjakan atau dilakukan. Adakah kerajaan telah menandatangani atau bermaksud untuk melepaskan kekebalan awam kepada Pfizer terhadap tindakan undang-undang jikalau ada keadaan buruk berlaku setelah mengambil vaksin? Oleh kerana kerajaan belum cukup telus, walaupun dengan biaya utama yang terlibat dalam kerangka Pfizer, kerajaan hanya dapat menyalahkan dirinya sendiri dalam menimbulkan semua andaian dan khabar angin di pasar. Setelah perjanjian selesai, bahkan untuk tahap awal, menggunakan perjanjian tanpa pendedahan yang ditandatangani dengan pembekal vaksin, bukan lagi alasan yang sah untuk TIDAK telus mengenai kos utama dan syarat utama yang terlibat. Kerajaan, pertama dan terpenting, mesti menjawab dan berkira kepada rakyat dan bukan pembekal luar negeri, yang mungkin tidak mempunyai kepentingan rakyat. Perjanjian tanpa pendedahan dimaksudkan di dunia persyarikatan untuk melindungi rahsia perdagangan dan perincian halus, bukan alat untuk disembunyikan oleh kerajaan mana pun atau untuk mengelakkan ketelusan dalam membelanjakan wang pembayar cukai.

Akhirnya, jika kerajaan berkeras untuk meneruskan dengan kerangka Pfizer, maka menteri, penganjurnya dan penyokong utamanya mesti menjadi contoh dengan menjadi yang pertama diberikan secara terbuka vaksin mRNA ini.

Oleh: Pusat Penyelidikan Covid adalah unit pemikir bebas berpusat di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada bulan Mac 2020, yang melibatkan pakar-pakar yang berkelayakan di dalam dan luar negara, untuk melakukan penyelidikan dan cerakinan sosial mengenai isu-isu penting berkaitan dengan Covid-19; dan

Prof Dr Mustafa Ali Mohd,  Ahli Farmakologi Klinikal dan Toksikologi, Mantan Profesor dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Fellow, Akademi Sains Malaysia.