KUALA LUMPUR – Meski Belanjawan 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz itu masih mempunyai banyak perkara dan butir-butir yang tidak dihiraukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Justeru itu, selaku Ketua Pembangkang, beliau berkata, pihaknya sepakat untuk membantah belanjawan itu.
“Belanjawan itu juga terdapat banyak kelemahan, dan ini telah dibukti dan diperdebatkan secara terperinci di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli Parlimen.
“Belanjawan 2021 mencerminkan betapa kerajaan PN hanya mengutamakan hayat politik mereka lebih dari kebajikan dan keterdesakan hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pembangkang hari ini gagal dalam percubaan terakhirnya untuk memastikan belanjawan pertama kali dibentangkan kerajaan PN gagal.
Seramai 108 Ahli Parlimen blok pembangkang menolak belanjawan itu manakala 111 Ahli Parlimen blok kerajaan menyokong sementara seorang Ahli Parlimen tidak hadir.
Jelas Anwar, tindakan itu diambil pembangkang kerana banyak isu yang tidak diendahkan oleh kerajaan PN.
Antaranya isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan peruntukan yang melampau tinggi sebanyak RM40.5 juta kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).
“Adalah dikesalkan juga tatkala terdapat beberapa orang ahli Parlimen yang telah menyatakan pandangan keras terhadap beberapa isu sebelum ini telah mengundi untuk menyokong belanjawan tersebut,” ujar Anwar lagi.
Tambah Anwar, penurunan penarafan Malaysia oleh Fitch Ratings baru-baru ini juga menunjukkan betapa lemahnya prestasi pengurusan ekonomi negara dan tahap tatakelola yang membimbangkan.
“Prestasi dan markah tatakelola Malaysia turut melemah pada tahun ini, seperti yang dilaporkan Bank Dunia, dan dijangka aspek lain seperti indeks rasuah dan kebebasan media akan turut merudum.
“Keyakinan daripada para pelabur akan turut terkesan, dan berkemungkinan negara-negara serantau akan meninggalkan kita dalam pelbagai lapangan, terutamanya sektor ekonomi dan pembangunan,” katanya lagi.
Ekoran kemenangan tipis pada sesi undian belah bahagian, Anwar berkata, PN telah membuktikan bahawa ia tidak berkeupayaan untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
Katanya, kerajaan PN akan terus berdepan dengan masalah keyakinan, dan ini telah dibuktikan hari ini apabila ia hanya berjaya mempunyai tidak lebih dari 112 sokongan.
“Kerajaan lemah seperti ini akan terus tunduk kepada watak-watak rakus yang berkepentingan dan kebajikan rakyat akan terus dikorbankan,” ujar Anwar.
Belanjawan 2021 diluluskan dengan majoriti tiga undi, sekali gus menamatkan cubaan pembangkang untuk menyingkir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette
Bang Nuar ni kaki nombor!
Kejap 130 kejap 120 lepas tu 113.
Tikam la nombor tu nuar.
Tapi nama nuar al-juburi tetap akan kekal walau kau ada hobi baru main nombor
PRU15 nnti ko kempen je la nua..nk tebgok ko takat mana blh pegi
kenyataan politik dan hanya untuk kepentingan diri sendiri setelah kecewa PN masih utuh dan belanjawan di luluskan di persidangan parlimen semalam.
Reformasi dalam party sendiripun pun gagal level jobor, jangan citer banyakkk cik non oiiii
tuan-tuan dn puan-puan …saya anwar ibrahim….tengok sini..jika saya gagal menolak BELANJAWAN 2021…saya akan letak jawatan K Pembangkang..saya uuulang sayauuuuulang tapi saya ada nombor ekor kepala yang menyakinkan?????