LONDON – Roger Federer mengejar masa untuk mempersiapkan diri beraksi pada Tenis Terbuka Australia, Februari ini.
Juara Grand Slam sebanyak 20 kali itu tidak beraksi sejak Januari lalu dan menjalani dua pembedahan lutut.
Akibat pandemik Covid-19, Kejohanan Terbuka Australia akan bermula 8 Februari ini, lewat tiga minggu daripada tarikh asal.
“Saya menjangkakan 100 peratus cergas Oktober lalu tetapi masih belum mencapai tahap itu.
“Saya perlu tunggu dan lihat progress selama dua bulan lagi,” kata jaguh tenis kelahiran Switzerland itu.
Pada aksi Terbuka Australia Januari lalu, Federer tewas di tangan juara bertahan, Novak Djokovic, pada separuh akhir.
Pada Februari lalu Federer mengumumkan dia menjalani pembedahan artroskopik pada lutut kanan dan yakin dapat berkaksi di Wimbledon pada Julai lalu namun kejohanan tersebut dibatalkan akibat Covid-19.
Selepas proses rehalibitasi pembedahan lutut kanan, Federer menjalani pembedahan kedua.
“Pembedahan kedua pada lutut memberi kesan besar tetapi sejak enam bulan lalu terdapat kemajuan.
“Saya akan mellihat dua bulan lagi dan sedang melakukan fisioterapi lebih kerap untuk kembali cergas dan persiapkan diri untuk beraksi dalam Terbuka Australia,” ujarnya. – MalaysiaGazette