KUALA LUMPUR – Barisan Nasional membuat keputusan untuk menyokong Belanjawan 2021 pada hari ini kerana berpendapat kerajaan sukar berfungsi sekiranya usul tersebut ditolak.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memahami kekecewaan sebilangan rakyat dengan tindakan BN menerima Belanjawan 2021 meskipun ada beberapa perkara berkaitan moratorium pinjaman dan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Jelasnya, sekiranya BN menolak usul Belanjawan 2021 pada hari ini, kerajaan tidak mempunyai masa yang cukup untuk memperbetulkannya.
“Saya dan kami akan terus menuntut kerajaan PN untuk tepati janji mereka sehingga kedua-dua isu ini diselesaikan sebaiknya.
“Kerajaan PN juga memberitahu kita bahawa mereka masih akan berusaha untuk memperbaiki kedua-dua perkara ini.
“Jika hasrat kami masih tidak tercapai dan kami masih rasa tertipu selepas satu tempoh masa yang munasabah maka BN masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak.
“Tapi kelulusan bajet ini bukan platform yang sesuai sebab kekurangan masa sebelum tahun 2021 bermula.
“Jika bajet tak lulus hari ini maka keajaan susah untuk berfungsi dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Belanjawan 2021 diluluskan pada bacaan ketiga hari ini apabila kerajaan berjaya memperolehi 111 undi berbanding 108 ahli Parlimen yang menolak usul berkenaan.
Tambah Najib, daripada segi pengeluaran akaun 1 KWSP, perjuangan BN telah menunjukkan hasil meskipun masih belum sempurna.
Perkara yang sama juga berlaku kepada isu lanjutan moratorium.
“Oleh itu, ianya tidak benar bahawa kita beri harapan palsu kepada ramai yang meminta sebab jelas ada kemajuan dalam dua perkara ini.
“Namun masih ada kekurangan dari segi implementasi dari bank-bank yang degil,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Kempunan Razaleg nak berkepit Madey
Harga telor murah dah sekarang.
Sbb Najib & pemimpin UMNO yg berdegar-degar utk tolak bajet bila 2 tuntutan tak dipenuhi ternyata indah khabar dari rupa.
Kalau muka ni jangan duk percaya sampai mati.DSAI dah dua kali terkena.Dia tak akan khianati UMNO sbb akar umbi dibawah terutamanya kaw.pekan tak terima PKR