Home Nasional Syed tulis lagu dalam tahanan

Syed tulis lagu dalam tahanan

Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful. foto AFIQ HAMBALI, 10 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas 19 hari ditahan bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis berkenaan kes seksual.

Dalam rakaman temu bual selepas membayar ikat jamin RM35,000 hari ini, Syed memberitahu, selepas ini dia akan pulang ke rumah abangnya dan ingin berehat bersama keluarga.

Dia juga memaklumkan ingin makan bersama ibu dan keluarga serta mahu memberi ruang kepada diri sendiri untuk bermuhasabah ke atas ujian yang dinyatakan.

Selain daripada itu, Syed, 25, sempat berkongsi kehidupannya di dalam tahanan.

“Saya dalam keadaan baik dan sempat memberi tazkirah dan solat secara berjemaah bersama tahanan lain semasa dalam tempoh siasatan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menyokong sepanjang tempoh ini dan memohon agar semua pihak memberinya ruang untuk bertenang dan mengembalikan semangat.

“Saya juga ingin memohon kepada semua dan memaafkan sesiapa semua orang,” katanya penuh ceria.

Mengulas lanjut, Syed yang dicungkil bakatnya menerusi program Da’i Pendakwah Nusantara berkata, dia sempat menulis lagu di dalam tahanan dan menunjukkan rangka lirik kepada pihak media.

Dia memberitahu, redha diberi ujian sebegini daripada Allah S.W.T dan tidak berdendam dengan sesiapa serta memahami tugas pihak berkuasa.

Dia juga terima dengan apa yang berlaku dan mengikut segala prosedur siasatan undang-undang. – MalaysiaGazette