BUENOS AIRES – Adik kepada akauntan Diego Maradona disiasat polis berhubung kematian legenda bola sepak dunia itu.
Memetik laporan media Argentina, selain memeriksa rumahnya, polis turut merampas telefon bimbit milik Maximiliano Trimarchi.
Tindakan itu bagi mencari bukti dalam siasatan kematian Maradona pada 25 November lalu.
Sumber yang rapat dengan kes berkenaan memberitahu media Argentina bahawa bukti baharu itu diperoleh di sebuah rumah sewa, tempat Maradona tinggal selepas pembedahan membuat darah beku di otaknya.
“Pentingnya rampasan telefon bimbit itu bergantung sama ada ia memiliki maklumat penting untuk siasatan,” kata sumber berkenaan.
Trimarchi bertugas sebagai pengiring kepada Agustina Cosachov, pakar yang menjadi sebahagian pasukan yang menjaga bintang Napoli dan Barcelona itu.
Maradona memerlukan bantuan sokongan selepas dibenarkan keluar dari hospital dan menetap di sebuah kawasan perumahan di utara Buenos Aires.
Rumah Cosachov serta pejabatnya sudah diperiksa oleh polis dengan pihak pendakwa cuba mencari bukti sama ada Maradona menjadi mangsa penjagaan kesihatan yang teruk atau kematiannya disebabkan pengabaian.
Sebelum ini, komputer dan telefon bimbit milik doktor peribadi Maradona, Dr Leopold Luque turut dirampas dalam siasatan yang sama. – MalaysiaGazette