Home Sukan Khairul Helmi pilih Melaka United

Khairul Helmi pilih Melaka United

Khairul Helmi Johari (kanan) bakal memilih Melaka United sebagai destinasi baharu setelah meninggalkan pasukan Kedah.

KUALA LUMPUR- Bekas ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari dilaporkan bakal memilih Melaka United sebagai destinasi baharu setelah meninggalkan pasukan Kedah.

Keputusan itu menyaksikan pemain berusia 32 tahun itu bakal menyertai pasukan lain buat kali pertama dalam karier profesionalnya untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Kedah tidak melanjutkan kontrak kepada Khairul bagi menghadapi saingan musim 2021 sekaligus menamatkan kerjasama yang telah terjalin selama 13 belas tahun.

Sepanjang beraksi bersama Kedah, pemain yang mesra dengan panggilan Keon itu telah memenangi semua gelaran yang ditawarkan dalam saingan liga domestik seperti Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Bagi pasukan Melaka United, mereka kekal dibimbing oleh Zainal Abidin Hassan.

Meskipun terdapat khabar angin yang mengatakan mereka bakal dikendalikan oleh jurulatih baharu, namun pengurusan pasukan masih yakin dengan kemampuan Zainal menguruskan pasukan.

Melaka sudah memulakan langkah mencari pemain baharu dimana mereka dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Manuel Ott yang beraksi bersama United City FC musim ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.