
KUALA LUMPUR- Maju Expressway Sdn. Bhd. melantik Datuk Ir. Nitchiananthan Balasubramaniam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuatkuasa 7 Disember lalu.
Maju Expressway dalam kenyataannya berkata, Nitchiananthan mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam industri perundingan kejuruteraan dan memiliki pengalaman luas dalam kerja-kerja reka bentuk dan pelaksanaan lebuh raya di Malaysia.
Beliau merupakan ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia dan merupakan Felo Institusi Jurutera dan Institusi Lebuh Raya dan Pengangkutan Bertauliah (CIHT).-MalaysiaGazette