Home Politik Sokong belanjawan selepas teliti manfaat kepada rakyat – Shahril

Sokong belanjawan selepas teliti manfaat kepada rakyat – Shahril

Shahril Sufian
Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR- Keputusan UMNO menyokong Belanjawan 2021 dibuat selepas meneliti baik dan buruk hasilnya terhadap kebajikan rakyat secara keseluruhan.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, keputusan tersebut juga diambil kerana ia mempunyai kaitan dengan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 selesai. Alhamdulillah, arahan Presiden UMNO ditaati oleh hampir semua ahli Parlimen UMNO.

“Meskipun ada perkara yang UMNO mahu ditambahbaik, akhirnya keputusan parti dibuat dan dilaksana. Ada yang setuju, ada yang kecewa.

“Rasional UMNO menyokong Belanjawan tentunya ada kaitan dengan menjunjung titah Tuanku SPB YDPA, dan dibuat setelah meneliti baik buruk sebarang keputusan terhadap kebajikan rakyat amnya.

“Insya Allah, ada pendekatan dan strategi UMNO lagi selepas ini untuk memastikan perjuangannya untuk rakyat terbela,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, usul Belanjawan 2021 berjaya diluluskan apabila 111 ahli Parlimen bersetuju mengatasi 108 yang tidak meyokong.

Bagaimanapun, keputusan UMNO dan Barisan Nasional menyokong usul tersebut menimbulkan kekecewaan kepada sesetengah pihak kerana perjuangan terhadap pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lanjutan automatik moratorium hutang masih belum mencapai matlamat secara sepenuhnya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Menafaat kepada rakyat hanya secubit sahaja. Berbanding kepentingan menteri dan kerosakan negara lebih besar. Sebesar xxxxxL kabinet.

  2. Belajawan utk politikus merebut projek terbuka luas.. Lobi melobi direct nego lebai2 pon x kurng hebat…pembinaan bngunan2 kementerian dibina dikala pendemik covid.. Rakyat jugk melopong

Comments are closed.