Home Sukan FA England buka siasatan terhadap Cavani

FA England buka siasatan terhadap Cavani

Edinson Cavani.

LONDON – Bintang sensasi Manchester United, Edinson Cavani diambil tindakan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) berhubung komen dalam Instagram peribadinya dalam frasa Sepanyol yang membawa konotasi berunsur perkauman di England.

Siasatan dimulakan oleh FA terhadap bintang Uruguay itu selepas pemain itu menghantar mesej berbunyi ‘Gracias Negrito” kepada rakannya selepas meledakkan dua gol untuk membantu the Red Devils menang ke atas Southampton pada 29 November lalu.

Bekas pemain Paris Saint Germain itu bagaimanapun memadamkan status itu selepas dijelaskan oleh rakannya yang perkataan itu membawa maksud menghina komuniti kulit hitam dan meminta maaf atas alasan ia berlaku tanpa disengajakan

Beliau mengakui tidak mengetahui konotasi itu membawa maksud negatif di England.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh digantung tiga perlawanan.

FA dalam kenyataannya berkata, berdasarkan garis panduan baharu yang dipersetujui musim lalu, ciapan komen Cavani dalam Instagram peribadinya didakwa membawa maksud menhina, menganiaya serta perkataan tak bermoral menyasarkan sesuatu warna, bangsa atau etnik.

Cavani mempunyai masa sehingga 4 Januari 2021 untuk memberi penjelasan yang munasabah kepada FA England terhadap dakwaan salah laku itu.

Manchester United juga menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan FA dalam memerangi ekstrimis perkauman.

“Kami ambil maklum mengenai keputusan FA menyiasat dan mahu mengambil tindakan ke atas Cavani atas perbuatan menghantar mesej balas kepada mesej penghargaan yang dihantar oleh kawannya.

“Cavani dan kelab berpendirian jelas bahawa tiada sebarang niat jahat di ssebalik mesej itu yang berlaku senacar tak sengaja sebelum ia dipadamkan dan dikesali pemain itu sejurus selepas dimaklumkan ia boleh membawa tempias negatif di England.

“Pemain itu dan kelab akan membalas kepada tindakan FA berlunaskan peraturan yang ada,” kata kelab itu.-MalaysiaGazette