KUALA LUMPUR – Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Sarawak hari ini menyokong sepenuhnya kepimpinan Presiden PKR itu.
Sokongan itu diketuai Datuk Seri Hafsah Harun bersama 12 lagi rakannya mengelarkan mereka sebagai teman seperjuangan Anwar sejak tahun 1999.
Dalam PKR, Hafsah dikenali sebagai Ibu Reformasi Sarawak.
“Kami menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri (Anwar) sebagai Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
“Datuk Seri telah mengharungi segala tribulasi demi perjuangan untuk rakyat dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Menurut kenyataan yang sama, mereka tidak berbelah bahagi bersama Anwar dalam memperjuangkan agenda reformasi yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Anwar baru-baru ini dipersoalkan ramai termasuk daripada kalangan rakan parti pembangkang ekoran kegagalan PH gagal menolak Belanjawan 2021 dan usaha ‘merampas’ kuasa pentadbiran kerajaan.- MalaysiaGazette