TERKINI : Prasarana Lancar Aplikasi ‘PULSE’ Mudahkan Pengguna Pengangkutan Awam

Terus memacu penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melancarkan satu aplikasi perancang perjalanan buat penumpangnya yang dikenali sebagai PULSE.

PULSE atau Planning Your Lifestyle Efficiently menurut Pengerusinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman merupakan aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Lembah Klang.