KUALA LUMPUR – Bagi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kematian Tun Rahah Mohamed Noah memberi kesan mendalam kepada dirinya.
Allahyarhamah merupakan ibu saudaranya yang paling rapat dengannya.
“Banyak masa saya membesar di bawah penjagaan beliau. Insan ini amat penyayang, prihatin, baik hati dan tabah.
“Ketika Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas suami Allahyarhamah) meninggal dunia, Tun Rahah baru berusia 43 tahun.
“Saya kagum dengan kecekalan beliau membesarkan lima anak lelaki yang juga sepupu saya sendiri,” kata Ahli Parlimen Sembrong dalam satu kenyataan di media sosialnya hari ini.
Hishammuddin berkata, beliau kerap menziarahi ibu saudaranya sejak beberapa bulan lepas termasuklah yang terbaru semalam.
“Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya apabila dimaklumkan beliau telah pergi buat selama-lamanya.
“Apa yang saya rasai ketika ini sama seperti ketika Allahyarhamah bonda saya menghembuskan nafas terakhir enam tahun lalu,” katanya.
Beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sepupu-sepupunya termasuk Datuk Seri Najib Razak dan adik beradiknya yang lain.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
H2O, cunnik hang larrrr…
H2O, cunniklah.