KUALA LUMPUR – Peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sebelum ini sebenarnya telah membuka ruang kepada para pengkhianat untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Malah perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan juga telah menjadikan gabungan ini berada dalam keadaan tidak menentu.
Kegagalan Dr Mahathir sebagai peneraju Pakatan Harapan adalah manifestasi kegagalan PH secara total dan sekali gus mencalar imej PH di mata rakyat.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil alih kepimpinan PH selepas itu telah berjaya memulihkan kembali pandangan umum terhadap PH dan mengembalikan keyakinan rakyat.
Lantaran itu, katanya, adalah tidak wajar Anwar ditekan hanya kerana belanjawan 2021 gagal ditolak.
Sebaliknya pembangkang wajar berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana telah berusaha sehabis baik, katanya yang memandang serius tentang cadangan gabungan baharu dalam kalangan parti-parti pembangkang.
Cadangan ini, menurut Syed Badli seperti memperlekehkan peranan PH sebagai blok terbesar dan peneraju pakatan pembangkang.
Justeru itu, beliau menyeru seluruh parti-parti pembangkang untuk bersatu di bawah Pakatan Harapan dan kepimpinan Anwar.
Satu bentuk penyatuan kukuh adalah perlu demi memantapkan usaha mengembalikan mandat seterusnya memperkukuh kerjasama kearah pilihan raya, ujar beliau. – MalaysiaGazette
Boss yg kau jilat bontot tu kaki auta… Mula2 yg aku ingat lebam kat mata, pastu tengkok…. Kemudian tak abis2 sembang ada majority. YDPA pun dia boleh kelentong… Level dewa nuaq punya auta
Jilat jilat sampai licin pungkok ketua semburit tu..
TIBA MASANYA KETUA PEMBANGKANG LETAK JAWATAN.. selepas BERJANJI jika GAGAL MENOLAK BELANJAWAN ini…MUNGKIR JANJI DAN BOHONG itu CIRI2 MUNAFIKUN.