Home Politik UMNO eksploitasi PN – Kadir

UMNO eksploitasi PN – Kadir

A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – UMNO didakwa mengeksploitasikan kelemahan Perikatan Nasional (PN) selepas kerajaan mendapat kelulusan tipis 111 berbanding 108 Belanjawan 2021 pada 15 Disember.

Buat sementara waktu ini, PN dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin masih kekal sebagai Perdana Menteri tanpa keabsahan selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ada sokongan ‘kuat, utuh dan meyakinkan” sekali lagi tidak menjadi.

Datuk A. Kadir Jasin berkata, penyokong Muhyiddin mungkin melihat kemenangan itu sebagai tanda kekuatan PN manakala penyokong Anwar pula berkata, undi Belanjawan tidak sama dengan undi tidak percaya.

Jadi, setelah gagal menjatuhkan Muhyiddin melalui pengundian belanjawan di ketiga-tiga peringkat – dasar, jawatankuasa dan kelulusan – Anwar mungkin mencuba melalui usul tidak percaya pula, kata bekas Penasihat Media Tun Dr Mahathir Mohamad.

”Untuk berjaya, dia (Anwar) memerlukan lebih daripada dakwaan sokongan”strong, formidable, convincing” apatah dalam keadaan di mana sudah kedengaran suara-suara meminta kedudukan Ketua Pembangkang dikaji semula.

”Undi tidak percaya hanya boleh dibuat jika diberi peluang oleh Yang di-Pertuan Dewan, Azhar Azizan Harun. Usul bertimbun tapi mungkin dihalang oleh penjaga masa.

”Kalau gagal juga, maka kekallah PN sebagai kerajaan yang lemah dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tanpa keabsahan,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Dalam keadaan itu, kata Kadir, pemerintahan negara akan terus tidak bermaya dan keyakinan terhadapnya, khususnya di kalangan pelabur asing dan agensi penarafan antarabangsa, akan terus lemah.

Malah, ekonomi akan terus ‘ketumpahan darah’ dan rakyat jelata menderita.

Namun, katanya, inilah suasana yang dimahukan oleh pesaing-persaing PN, khususnya UMNO dalam mengeksploitasi kelemahan Kerajaan PN.

Beliau mendakwa UMNO sedang berusaha menyekat kemaraan PN dan Bersatu dari dalam dengan menjadikan PN kuda tunggangan.

Di pihak lain pula, sesetengah pemimpin UMNO, khususnya yang sedang menghadapi perbicaraan jenayah, akan terus bermain kayu tiga dengan Muhyiddin dan Anwar bagi mendapat “the best deal” berkaitan kes-kes mereka.

”Bagi UMNO, apa yang penting adalah cuba kembali berkuasa melalui Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Untuk itu ia perlu membendung pengaruh Bersatu dan Pas dengan cara berbaik-baik dengan mereka tetapi pada masa yang sama mensabotaj mereka. Matlamat sepadu UMNO adalah menguburkan Bersatu dan menyekat Pas.

”Dengan Muhyiddin, UMNO sudah tahu kekuatan dan kelemahannya serta apa lagi yang boleh diperas ugut. Dengan Anwar belum tahu.

“Tetapi prospeks UMNO malap kalau terus bergantung kepada kepemimpinan kleptokrasi yang ada sekarang dan serentak itu menekan barisan pengganti macam Timbalan Presiden, Mohamad Hasan,” katanya.

Dalam suasana ini, menurut Kadir, Muhyiddin akan kekal sebagai ‘kambing korban’ yang disajikan pelbagai makanan berkhasiat sambil menunggu masa ‘disembelih’.

”Atau dia sendiri sedang berkomplot untuk merampas UMNO dan kembali sebagai bos nombor satu parti itu,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Semua benda pun skang perkataan keabsahan. Pembangkang asik dengan keabsahan dr ahli parlimen saja. Mmg kacang lupakan kulit. Diorg lupa keabsahan sbnr datang dr rakyat, bukan ahli parlimen. Kalau kami mahu Abah Din jd PM sehingga PRU 15 nanti, itu keabsahan sebenarnya. Tunggu ja la PRU 15.

  2. TIBA MASANYA KETUA PEMBANGKANG LETAK JAWATAN.. selepas BERJANJI jika GAGAL MENOLAK BELANJAWAN ini…MUNGKIR JANJI DAN BOHONG itu CIRI2 MUNAFIKUN…..KADIR jasin patut bertanding PRU15 bagi keabsahan sebagai adun @ MP…ada BERANI dicalonkan.

Comments are closed.