ISTANBUL – Sekurang-kurangnya lapan pesakit terbunuh apabila sebuah hospital swasta terbakar di wilayah Gazziantep yang berpunca daripada sebuah mesin oksigen.
Insiden tersebut berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 di Hispital Universiti Sanko yang mana kebakaran disebabkan mesin terapi oksigen aliran tinggi yang digunakan dalam rawatan pesakir Covid-19, menurut kenyataan universiti itu.
Selepas letupan berlaku, seramai 14 pesakit Covid-19 dipindahkan ke hospitak lain.
Polis dan pasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Siasatan telah dilancarkan kerhadap insiden yang membabitkan kehilangan nyawa itu. – MlaaysiaGazette