TERKINI : Sayu Gerimis Mengiringi Perjalanan Terakhir Allahyarhamah Tun Rahah

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah bersama-sama anggota keluarga Allahyarhamah menyaksikan perjalanan terakhir Tun Rahah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa menteri Kabinet, antaranya Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menghadiri istiadat pengebumian itu.