KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kawasan di Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas.
Susulan itu, bekalan air telah ditutup pada jam 8.30 malam tadi bagi kerja-kerja pembaikan, kata Air Selangor.
Kawasan terlibat ialah Taman Sentosa; Jalan Raja Nong; Jalan Bendahara; Jalan Bentara; Jalan Sg Jati; Jalan Temenggong, Jalan Laksamana; Taman Bijaya; Taman Rakyat; Jalan Seri Sarawak; Bandar Puteri, dan Bandar Putera 2, Klang.
Kerja-kerja pembaikan dijangka siap jam 7 pagi esok dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya jam 5 petang. – MalaysiaGazette