Home Politik Hebatnya Prabakaran, tiada siapa berani tegur

Hebatnya Prabakaran, tiada siapa berani tegur

P.Prabakaran
P. Prabakaran

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran walaupun muda tetapi didakwa pemimpin politik yang hebat kerana tiada siapa dalam kalangan parti pembangkang yang berani mahu menegur kesalahannya melanggar melanggar perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) Covid-19 apabila hadir ke Parlimen.

Bukan sahaja Ketua Pembangkang atau Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menegurnya, malah Lim Kit Siang pun begitu juga.

Sedangkan, perbuatan Prabakaran yang ingkar HSO itu mendatangkan risiko kepada wakil rakyat yang lain sama seperti kes Sivagangga yang berisiko menyebabkan penularan Covid-19.

Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramaih yang terkejut dan bimbang dengan situasi ini bertanya mengapa pembangkang hanya mendiamkan diri, seolah-olah tidak berani menegur Prabakaran.

”Hebat juga Prabakaran sehingga Ketua pembangkang dan ahli politik veteran takut untuk menegur beliau.

“Sebelum ini Prabakaran juga antara wakil pembangkang yang kuat mendesak Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali meletakkan jawatan menteri kerana melanggar kuarantin Covid-19?

“Ketika itu juga ramai pembangkang yang hebat-hebat seperti Lim Kit Siang menjerit siang malam tapi ketika Dewan Rakyat mendedahkan perbuatan Prabakaran, semua diam seribu bahasa.

”Adakah ini bermaksud pembangkang boleh melanggar undang-undang sesuka hati dan tidak ada sebarang keperluan oleh mana-mana untuk menegur atau mengenakan tindakan?,” soal Shanmugam.

Shanmugam Ramaih

Shanmugam mengulas dakwaan Prabakaran telah disahkan menjadi kontak rapat kepada abangnya yang positif Covid-19 dan sepatutnya kuarantin diri namun hadir ke Parlimen berbahas serta mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis lepas.

Biarpun tindak tanduk Prabakaran itu didedahkan di Dewan Rakyat Khamis lepas oleh Ahli Parlimen Putrajaya (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Segamat (Bersatu), Datuk Seri Dr Santhara Kumar, sehingga saat ini tidak ada apa-apa kenyataan mahupun teguran daripada pembangkang.

Jelas Shanmugam lagi, beberapa hari lepas juga pembangkang membuat kecoh dalam Parlimen selepas tiga Ahli Parlimen hadir lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) mendorong mereka meninggalkan Dewan Rakyat.

“Ketika isu PPE ramai pembangkang begitu ‘bising’ termasuklah Dr Xavier Jayakumar, Datuk Mohd Azis Jamman, selain Anwar,” katanya.

Shanmugam menyifatkan pembangkang sebagai golongan hipokrit kerana berat sebelah dalam isu-isu yang menguntungkan mereka.

Ternyata, katanya, tindak-tanduk pembangkang yang sebelum ini lantang membangkang dalam semua perkara hanyalah untuk publisiti murahan serta merealisasikan agenda politik masing-masing. -MalaysiaGazette

Fahmi Fadzil jangan hipokrit, kenapa tidak tegur Prabakaran – Santhara

2 Komen

  1. ingat pepatah melayu….Jika jumpa ular dan keling mana pukul dulu…PAKU dulang paku serpih…mengatakan orang lain Diri sendiri lagi TERUK….SATU JARI tunjuk depan 4 jari pada diri sendiri…BERKOKOK berderai2 ekor penuh Tahi…mcmna kes Young Syefura RARA??????Sebab itu P UNAH H arapan P akatan H ancing membisu jika terkena Batang hidung sendiri…Berbanding jka PIHAK kerajaan pembangkang akan lacurkan isu utk cari publisiti murahan kononya mereka tersangat sensitif.

  2. ”Hebat juga Prabakaran sehingga Ketua pembangkang dan ahli politik veteran takut untuk menegur beliau.

    “Sebelum ini Prabakaran juga antara wakil pembangkang yang kuat mendesak Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali meletakkan jawatan menteri kerana melanggar kuarantin Covid-19?

    “Ketika itu juga ramai pembangkang yang hebat-hebat seperti Lim Kit Siang menjerit siang malam tapi ketika Dewan Rakyat mendedahkan perbuatan Prabakaran, semua diam seribu bahasa.

Comments are closed.