TERKINI : Jalan Eaton Di Tukar Kepada Tun Hajah Rahah Dalam Pertimbangan – Annuar Musa

Jasa serta sumbangan Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah tidak ada tolok bandingnya, pemergian beliau pastinya akan meninggalkan kesan cukup mendalam buat rata-rata rakyat Malaysia.

Mengambil kira semua aspek, Kementerian Wilayah Persekutuan yang diterajui oleh Menterinya, Tan Sri Annuar Musa sedang dalam pertimbangan untuk menukarkan nama jalan tempat kediaman Allahyarham di Jalan Eaton kepada Jalan Tun Hajah Rahah dalam masa terdekat.