Hari ini merupakan hari pertama bermulanya permohonan untuk pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Sinar.
Hasil tinjauan MalaysiaGazette mendapati Ibu Pejabat KWSP di Jalan Raja Laut dipenuhi dengan para pemegang akaun yang ingin membuat permohonan dan mengemaskini maklumat peribadi.