PETALING JAYA- Pihak yang mengesan dan mempunyai maklumat mengenai sebarang manipulasi tanda halal diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penyaluran maklumat adalah penting supaya kerajaan dapat mengambil tindakan sekiranya sebarang isu mempunyai kaitan dengan halal dan haram berlaku khususnya berkenaan kartel daging.
“Apa-apa terkait halal dan haram akan kita ambil tindakan yang sungguh-sungguh.