Home Nasional Pekerja asing wajib buat ujian saringan Covid-19 mulai tahun depan

Pekerja asing wajib buat ujian saringan Covid-19 mulai tahun depan

Pekerja asing beratur panjang bagi melakukan ujian saringan berikutan peningkatan kes penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Central Spectrum Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 10 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan oleh mereka melakukan ujian saringan Covid-19 bagi menangani penularan wabak berkenaan dalam kalangan pekerja tersebut mulai 1 Januari 2021.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kos bagi menjalani ujian saringan ini akan ditanggung oleh majikan.

Bagaimanapun bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ujian saringan boleh dibuat di klinik-klinik yang telah dilantik oleh Perkeso.

Menurut beliau, peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (yuran bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) 2020 dijangka dikuatkuasakan dalam masa terdekat dan mana-mana majikan yang gagal
mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan sewajarnya. – MalaysiaGazette