LONDON – Pengurus Wolverhampton, Wonderes Nuno Espirito Santo menyalahkan pengadil sebagai punca pasukannya tewas kepada Burnely.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, Wolves ditewaskan 2-1 oleh Burnley.
Gol rembatan Ashley Barnes dan Chris Wood cukup untuk mengesahkan tiga mata penuh yang sangat penting untuk membantu pasukan itu menarik nafas lega terselamat dari zon penyingkiran tangga tercorot carta liga.
Fabio Silva menjaringkan gol pada minit ke-89 menerusi sepakan penalti.
Namun gol itu belum cukup untuk menyelamatkan pasukannya daripada kehilangan tiga mata penuh.
Namun Nuno menuding jari ke arah pengadil perlawanan, Lee Mason sebagai punca anak buahnya kecundang.
Kata Nuno, Mason tidak cukup baik untuk mengadili perlawanan.
Ini kali kedua Mason mengadili perlawanan EPL membabitkan aksi Wolves musim ini selepas aksi menentang Newcastle United.
“Dia (Mason) punca kehancuran pasukan kami dan mengeruhkan lagi keadaan perlawanan di atas padang tadi.
“Kami akui itu tugas (pengadilan) dia tetapi Mason perlu memperbaiki mutu pengadilannya kerana sebelum ini dalam aksi menentang Newcastle United pun dialah punca kami keciciran mata.
“Bola sepak membabitkan permainan fizikal. Kontak permainan dan pengadil yang membuat keputusan di atas padang perlulah adil dan saksama.
“Namun pengadil ini (Mason) tidak cukup berkualiti untuk meniup wisel,” bidas Nuno.
Tambah Nuno, pengadilan Mason bukan dalam situasi terdesak tetapi kaedah mengendalikan pemain di atas padang agak mengecewakan.
Menurutnya kedua-dua pasukan telah hilang fokus di atas padang dan sentiasa membidas keputusan pengadil perlawanan.
“Mason perlu memperbaiki mutu pengadilan perlawanan selepas ini sebab setiap perlawanan memerlukan pengadilan yang lebih berkesan untuk merancakkan lagi aksi pemain di atas padang tanpa terganggu,’ ujarnya.
Nuno juga menuduh Lee Mason tidak mempunyai kualiti untuk mengadili perlawanan dalam EPL.
Walaupun Nuno meluahkan kekecewaan, Pengurus Burnley Sean Dyche mencadangkan pemain tengah Wolves,Joao Moutinho sepatutnya dibuang padang kerana menerjah keras pemainnya pada saat akhir perlawanan.-MalaysiaGazette