KUALA LUMPUR – Hasrat Datuk Seri Najib Razak untuk bertemu seorang insan yang menadah tangan berdoa untuk Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah dari luar masjid dimakbul Allah.
Tindakan lelaki warga emas yang dikatakan sanggup berjalan kaki dari Kampung Baru ke Masjid Negara pada hari pengkebumian Allahyarhamah Tun Rahah bukan sahaja menyentuh hati bekas Perdana Menteri itu tetapi juga masyarakat.
“Akhirnya, bertemu juga kami. Kuasa media sosial. Terima kasih Jabatan Netizen bantu.
“Ada sahabat Facebook saya yang ternampak Rusli Md Udin berdoa di luar masjid ketika pengurusan dan pengebumian jenazah bonda.
“Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan merahmatinya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
– MalaysiaGazette
.
Aamiin…niat yg baik dtng nya kbaikn brsama…Alhmdulillah….