
KUALA LUMPUR – Semua permohonan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama ada secara digital atau fizikal berjalan lancar, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 dibuka pada 21 Disember.
Menurutnya, bagi mereka yang layak, maklumat tersedia di dalam pangkalan data KWSP.
Sistem ini akan memberi kelulusan secara automatik dan keputusan pertama akan diketahui pada 4 Januari 2021.
Sehubungan itu, beliau meminta pemohon bersabarlah sementara KWSP memproses permohonan yang diterima.
“InsyaAllah, bayaran pertama akan dibuat pada 11 Januari 2021,” katanya. – MalaysiaGazette