Home Pendapat Surat terbuka untuk Menteri Kanan Pendidikan

Surat terbuka untuk Menteri Kanan Pendidikan

Dr. Radzi Jidin

SETELAH 2 minggu cuti sekolah bagi semua sekolah seluruh Malaysia, bagaimanakah dengan hasil proses pembelajaran dalam talian yang dijalankan seperti diarahkan oleh KPM sejak PKP dilaksanakan.

KPM seharusnya membentangkan hasil pelaksanaan ini memandangkan proses pembelajaran secara dalam talian buat pertama kali dilaksanakan. Perlunya KPM membentangkan hasilnya kepada masyarakat.

Pembentangan hasil ini mampu mencelikkan mata ibubapa yang sebelum ini terlepas pandang akan kepentingan mereka memantau anak-anak mereka dalam proses pembelajaran ini.

Berapakah peratus murid/pelajar yang menyertai proses ini sepanjang ia dilaksanakan termasuk peratus murid/pelajar yang memberi maklum balas pada tugasan yang diberikan?

Apakah halangan utama murid/pelajar tidak menyertai proses ini?

Dan kekangan yang dihadapi oleh guru bagi melaksanakan proses ini merupakan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh KPM.

Memandangkan persidangan Dewan Rakyat telah berlaku dengan segala peraturan telah dipendekkan termasuk masa Menteri untuk menjawab.

Tiada gunanya soalan ini diajukan di Dewan Rakyat.

Lebih baik persoalan ini diajukan pada khalayak umum dan dijawab oleh KPM di khalayak umum juga.

Usaha ini bagi memastikan KPM tidak ‘syok sendiri’ mahupun menyorokkan kekotoran dibawah karpet supaya dilihat cantik semata-mata.

Pelaksanaan proses pembelajaran secara dalam talian harus dinilai dan dikemas kini setiap masa.

Hal ini kerana, keadaan ketersampaian maklumat kepada murid/pelajar berbeza ikut tempat masing-masing.

Penting untuk melihat isu ini secara mikro dan makro.

Dipohon dengan segala hormatnya Menteri Pendidikan bertaraf Menteri kanan dan berjawatan Senator untuk menjawab dan membentangkan segala isu yang dibangkitkan.

Syazmir Hariz Noorazalan
Penulis Politik – Tinta Siyasah