Home Dunia Lebih 100 orang terbunuh dalam serangan etnik di Ethiopia

Lebih 100 orang terbunuh dalam serangan etnik di Ethiopia

Serangan yang menyebabkan kematian berlaku sehari selepas perdana menteri Ethiopia, Abiy Ahmed, di atas, mengunjungi wilayah Benishangul-Gumuz yang berbicara tentang perlunya keadilan. Gambar: Amanuel Sileshi / AFP / Getty

ADDIS ABABA – Lebih dari 100 orang terbunuh di wilayah barat Benishangul-Gumuz, Ethiopia dalam pembunuhan yang melibatkan etnik di negara itu.

Saksi dan pegawai mendakwa sekurang-kurangnya 102 orang terbunuh dalam serangan pada awal hari Rabu lalu di Zon Metekel.

Serangan itu berlaku sehari selepas perdana menterinya, Abiy Ahmed, mengunjungi wilayah tersebut.

“Kita perlu memberikan keadilan kepada mereka yang bertanggungjawab atas serangan baru-baru ini” kata Abiy dalam kenyataan.

Serangan itu terjadi akibat konflik yang terjadi di wilayah Tigray utara Ethiopia di mana pasukan Ethiopia dan sekutu serantau mula memerangi pasukan wilayah Tigray pada awal November lalu.

Seterusnya, pasukan di wilayah lain yang merupakan negara terpadat kedua di Afrika itu telah dikerah untuk berperang ketika konflik tersebut belaku sehingga menimbulkan ketakutan dan keselamatan kepada penduduk.

Pertumpahan darah itu berlaku di kampung Bekoji, Zon Metekel di wilayah barat Benishangul-Gumuz sekitar jam 10:00 malam waktu tempatan (1900 GMT) pada hari Selasa.

Tambahnya lagi, serangan itu dilakukan oleh lelaki bersenjata yang bertindak untuk membakar dan menembak penduduk ketika mereka sedang tidur,  kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ethiopia (EHRC) memberitahu akhbar Xinhua dalam satu kenyataan.

Abiy menulis dalam laman sosialnya, “Keinginan musuh untuk memecah belahkan Etiopia mengikut etnik dan agama masih ada dan tetap tidak akan dipenuhi.

“Dia mengatakan penduduk menyuarakan harapan untuk perdamaian, dan sentimen itu “mengatasi agenda perpecahan”, tambahnya.”

Selain itu, jurucakap Abiy tidak membalas permintaan bagi memberi komen mengenai serangan tersebut. – MalaysiaGazette