Home Nasional Tukang cat mengaku salah lakukan sumbang mahram terhadap adiknya

Tukang cat mengaku salah lakukan sumbang mahram terhadap adiknya

Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang tukang cat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya, Ogos lepas.

Lelaki berusia 25 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu abang kandung, telah didapati melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan berumur 21 tahun, ketika kejadian yang merupakan adiknya di mana hubungan tersebut adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum, agama, adat, atau kebiasaan, berkaitan bagi lelaki dan perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam sebuah rumah di Jalan Sepakat Off Klang Lama di sini pada Ogos lepas, mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon tarikh lain untuk sebutan bagi fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 5 Jan 2021 untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki tersebut.

— BERNAMA